Anda Kini Boleh Berdagang Dogecoin dengan CXM Direct

17.05.2021
Blog

Atas permintaan ramai, sekarang dah tersedia! Kami berbesar hati untuk mengumumkan penambahan Dogecoin - duit kripto meme terviral – dengan pelbagai pilihan aset kripto kami. Kripto ini boleh didapati secara rasmi untuk dagangan bermula dari 13 Mei.

Berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang Dogecoin kerana ia terus mendapat tempat dalam pasaran kripto.

"Dogecoin adalah mata wang kripto rakyat," tweet Elon Musk pada Februari tahun ini. Apa yang pada mulanya bermula sebagai jenaka berdasarkan meme Shiba Inu 2013 telah berkembang menjadi mata wang kripto yang sah dan dipercayai. Ia telah berkembang lebih popular dan telah kembali dengan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Terima kasih kepada media sosial, terutamanya Reddit, Twitter dan beberapa pembeli aktif dalam platform ini.

Malah, pertumbuhan Dogecoin telah melepasi dan mengatasi keuntungan peratusan mata wang kripto yang lebih besar seperti Bitcoin dan Ethereum kerana ia telah meningkat lebih daripada 26,000% dalam tempoh enam bulan yang lalu. Walau bagaimanapun, perdebatan timbul mengenai jangka hayat dan matlamat jangka panjang kerana ia cenderung mengikuti trend terkini mata wang digital yang disokong media sosial dan saham meme seperti GameStop (NYSE:GME). Ia berpotensi menjadi sebahagian daripada "buih” seperti yang lain, potensi untuk terjun pada bila-bila masa terutamanya dengan sebab seperti di atas. Walaupun begitu, ia masih berterusan naik tinggi seperti yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan kadar penurunan yang sedikit, seperti kebiasaan.

Kuasa Media Sosial

Di laman web mereka, mereka menggambarkan Dogecoin sebagai mata wang digital "peer-to-peer" sumber terbuka, dengan pengaruh anjing baka Shiba Inu, maskot kripto Doge. Malah, mereka mendakwa sebagai "mata wang internet yang menarik dan mesra pengguna" di subreddit rasmi khas serta pelayan Discord. Apa yang bermula sebagai jenaka kini telah berkembang menjadi mata wang kripto terbesar yang disokong oleh komuniti yang sangat kuat.

Pertumbuhan Dogecoin adalah contoh terbaik kuasa media sosial walaupun dalam komuniti dagangan. Pertumbuhannya secara dasarnya terikat kepada graviti pengaruh meme dengan ahli yang sangat ramai. Melalui platform media sosial seperti Reddit dan Discord, pemegang kripto ini memutuskan untuk menambah aset pilihan - Dogecoin, dengan meme yang menarik, sekaligus meningkatkan nilai pasarannya, dan menarik lebih ramai pembeli untuk melabur di dalamnya. Walaupun wujud tanpa objektif yang jelas, tetapi atas dasar komuniti yang kuat dan ramai pelabur, boleh menggerakkan ia pergi ke suatu harga yang memuaskan hati para penggemar kripto ini.

Meme yang hanya trend atau akan kekal?

Dengan penambahan peminat yang terus berkembang, kebarangkalian untuk jadi sekadar hype itu tetap ada. Ada juga seperti karakter untuk menjadi “gelembung” pasaran. Tetapi buat masa ini, meme yang menjadi viral dengan pengaruh anak muda yang menguasai platform akan terus kekal, sekurang-kurangnya pada waktu ini.

Akhir sekali perlu dinyatakan ia adalah suatu pelaburan dengan ganjaran dan risiko, tanpa mengira bagaimana ia dicipta dan sama ada ia adalah meme atau tidak. Beberapa tahun kebelakangan ini dan trend terbaru menunjukkan kepada peralihan budaya perdagangan dengan tumpuan kepada berapa banyak kuasa peniaga individu memegang, terutamanya apabila bekerjasama. Persoalannya, adakah

ini akan bertahan? Ini bakal menjadi penanda aras baru mengenai matawang digital untuk menjadi mata wang kripto rakyat

ULASAN 100% CEMERLANG
USDMXN
19.99310 / 19.98860
USDHKD
7.79710 / 7.79434
USDCNH
7.09427 / 7.09381
USDCAD
1.35720 / 1.35712
GBPSGD
1.71094 / 1.71065
GBPNZD
2.12716 / 2.12662
EURZAR
19.80927 / 19.77464
EURUSD
1.10863 / 1.10860
EURTRY
37.74090 / 37.66990
EURSEK
11.42403 / 11.41969
CHFSGD
1.54598 / 1.54431
CHFPLN
4.58728 / 4.57520
CHFNOK
12.72879 / 12.70792
AUDUSD
0.66685 / 0.66679
AUDNZD
1.08036 / 1.08000
AUDJPY
94.913 / 94.897
AUDCHF
0.56239 / 0.56223
AUDCAD
0.90505 / 0.90486